Catatan

Pelancaran HAN1S dan NILAM sedaerah Hulu Langat

Imej
Jumaat 26 Feb 2016 Pelancaran HAN1S ( Hari Nilam 1 Selangor) dan Hari Nilam sedaerah Hulu Langat Peringkat SK Taman Tasik  telah di adakan di dataran  Sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Tasik. Antara aktiviti pada hari tersebut Persembahan murid dan baca buku 5 minit secara beramai-ramai di dataran sekolah.

PELANCARAN BULAN MEMBACA

Imej
Pelancaran Bulan Membaca peringkat SK Taman Tasik telah diadakan pada 24 Ogos 2015 bertempat di Dewan Sekolah Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan tokoh membaca dikalangan murid-murid. selain itu juga untuk melatih menggunakan perpustakaan sebagai salah satu pusat untuk membaca dan mendapatkan maklumat.

Pengawas Pusat Sumber

Imej

Pelancaran Nilam Sedaerah

Imej
Hari ini berlangsung pelancaran NILAM sedaerah Hulu Langat. Majlis diadakan di dataran sekolah. Perasmian persembahan oleh murid-murid tahun 3
Imej

Pusat Sumber Sekolah

DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH  Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ; Pusat sumber  sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat .  

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Pusat Sumber SK Taman Tasik, Ampang Selangor