Catatan

Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaNIS)

Imej
Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran agar program Nilam dipertingkatkan dan seterusnya dapat membudayakan budaya membaca. Program ini telah dirasmikan Oleh Puan Juhranar Bt Yang Guru Besar SK Taman Tasik bertempat di dewan Sekolah. Gambar-gambar Pelancaran klik SINI

Program Bersama Majalah KUNTUM

Imej
KHAMIS- 28 Julai 2016. Pihak Pusat Sumber telah mengadakan program bersama Majalah Kuntum. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid membaca. Program diadakan di dewan sekolah.

Anugerah NILAM Peringkat Sekolah

Imej
Isnin -25 Julai 2016 bertempat di Dataran Sekolah telah diadakan majlis anugerah NILAM peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Tasik. Beberapa orang murid telah menerima anugerah emas,perak dan gangsa.

Video Kem Membaca 1 Malaysia

Imej

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah

Imej
Rabu 6 April 2016 bertempat di Dewan SKTT  Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah bertemakan "Membaca Menjana Pemikir". Majlis ini telah di rasmikan oleh En Mohd Fazdil bin Ariffin GPK Kokurikulum SK Taman Tasik. Antara objektif program ini ialah meningkatkan minat membaca dikalangan warga SKTT terutamanya murid-murid memberi pendedahan kepada warga SKTT mengenai adanya "KEM MEMBACA 1 MALAYSIA" membuka peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2016

Imej
Hari ini bertempat di dataran sekolah berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas PSS. Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Tasik. Objektif majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas pusat sumber supaya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Majlis ini selesai pada pukul 8.30 pagi. Gambar-gambar boleh klik SINI

Pelancaran HAN1S dan NILAM sedaerah Hulu Langat

Imej
Jumaat 26 Feb 2016 Pelancaran HAN1S ( Hari Nilam 1 Selangor) dan Hari Nilam sedaerah Hulu Langat Peringkat SK Taman Tasik  telah di adakan di dataran  Sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Tasik. Antara aktiviti pada hari tersebut Persembahan murid dan baca buku 5 minit secara beramai-ramai di dataran sekolah.